Petua rawatan sakit tekak tenggorokan

Imej
Sakit tenggorokan dapat disebabkan oleh berbagai hal, diantaranya: Infeksi virus, seperti flu atau pilek Infeksi bakteri, seperti tonsilitis atau faringitis Paparan debu, asap, atau polusi udara Alergi, seperti alergi debu atau bulu binatang Rokok atau merokok pasif Suara terlalu keras atau berbicara terlalu banyak Menelan makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu dingin Kondisi kesihatan, seperti refluks gastroesofagal atau laringitis Sistem kekebalan yang lemah Sakit tenggorokan juga boleh menjadi gejala dari penyakit serius, seperti mononukleosis, infeksi tenggorokan streptokokus, atau kanker tenggorokan, jadi penting untuk segera mencari perawatan medis jika gejala sakit tenggorokan berlangsung lama atau memburuk. sakit tekak Untuk mengatasi sakit tenggorokan, beberapa cara yang boleh dilakukan meliputi: Minum air hangat dengan madu atau lemon Minum obat penghilang rasa sakit seperti paracetamol atau ibuprofen Menghirup wap air hangat dengan sedikit garam Mengurangi roko

Jenis dan Tanda penyakit Anxiety atau panik & Cara Menghilangkan Anxiety

 Hi, Assalamualaikum semua. Saya akan kongsi dengan anda berkaitan anxiety. Kita akan berbicara mengenai jenis-jenis anxiety dan juga bilakah waktu untuk anda wajib berjumpa dengan doktor bagi masalah ini. Jom kita saksikan video ini.

Anxiety adalah salah satu perasaan takut, cemas dan juga khuatir. Sebenarnya, anxiety ini dikira normal. Kadang-kadang, anxiety ini diperlukan oleh manusia sebagai motivasi untuk terus bekerja dan untuk lebih berusaha untuk maju ke hadapan. Saya ambil contoh, dalam interview kerja, anxiety mesti ada. Tapi disebabkan perasaan anxiety itu, individu akan lebih berusaha, lebih bermotivasi untuk cemerlang dalam interview itu tadi.

Tapi, apabila anxiety ini bila sudah mencapai tahap tertentu atau peringkat tertentu, anxiety ini dianggap tidak normal. Dan pada waktu inilah, anda perlu berjumpa dengan doktor. Bilakah waktu anda perlu berjumpa dengan doktor bagi masalah ini. Saya akan bagi beberapa point. Yang pertama, apabila rasa cemas atau khuatir ini, mengganggu kerja seharian anda.

Rasa takut, rasa cemas dan khuatir ini, anda tak boleh kawal. Dan perasaan ini menyebabkan anda terbawa-bawa dalam kerja seharian anda. Dan pada masa inilah, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Di samping itu, yang kedua, apabila anda ada masalah kesihatan mental yang lain di samping dengan masalah anxiety ini. Contohnya, seperti masalah kemurungan dan masalah ketagihan kepada bahan tertentu.

Yang ini juga salah salah faktor bagi anda segera berjumpa dengan doktor. Seterusnya yang ketiga, apabila anda rasa cuba mencederakan atau melukakan diri anda. Dan, yang lagi teruk, anda akan rasa bunuh diri. Pada masa ini, anda wajib berjumpa dengan doktor.

Doktor akan tentukan jenis manakah anxiety yang dihidapi dan rawatan yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit.

Seterusnya, kita pergi kepada jenis-jenis anxiety. Yang pertama adalah Generalized Anxiety Disorder. Individu akan rasa cemas dan khuatir terhadap semua benda. Contoh, semasa kerja dia akan terasa cemas. Bagi permasalahan kesihatan, individu itu akan cepat rasa khuatir.

Untuk hal yang ringkas dan biasa pun seseorang itu akan cepat terasa anxiety.

Boleh dikatakan perasaan ini berlaku setiap hari. Berpanjangan lebih daripada 6 bulan. Perkara ini menyebabkan pesakit rasa susah untuk membuat kerja seharian. Kebiasaannya, terdapat gejala lain yang turut hadir bersama anxiety itu tadi.

Contohnya, cepat terasa lelah, sakit kepala, susah untuk tidur dan lain-lain lagi. Benda ini semua tidak spesifik kepada anxiety, tapi ia akan membuatkan anxiety bertambah teruk.

Yang kedua ialah fobia. Fobia adalah salah satu gangguan anxiety yang menyebabkan individu terasa takut yang berlebihan Takut yang melampau dan tidak rasional. Contoh, takut kepada benda tertentu, binatang tertentu, situasi dan tempat tertentu.

Saya ambil contoh claustrophobia. Claustrophobia terjadi apabila seseorang berada di tempat yang sempit dan kecil.

jenis anxiety

Yang ketiga kita panggil sebagai Social Anxiety Disorder. ataupun Social Phobia. Ia adalah anxiety yang terjadi apabila individu itu perlu berinteraksi dengan orang lain.

Apabila ini terjadi, seseorang akan rasa cepat takut dan cepat terasa malu apabila berada di persekitaran orang ramai. Apabila ini berlaku, mereka akan cupa mengelak program dan majlis dan tempat yang ramai orang. Seterusnya adalah Post Traumatic Stress Disorder (PTSD). Terjadi apabila seseorang itu mengalami trauma. Contoh trauma yang boleh dialami ialah seperti berlakunya kemalangan, di dalam peperangan, dan di dalam bencana alam.

Dan apa jua situasi yang menakutkan kepada individu itu. Situasi ini menyebabkan pesakit akan selalu teringat dan terbawa-bawa dalam fikiran. Pesakit tidak boleh lupa kejadian itu. Kejadian ini akan menyebabkan sentiasa terlintas di fikiran dan akhirnya menyebabkan pesakit sentiasa risau. Akhirnya, anxiety akan bertambah teruk.

Anxiety boleh dirawat. Nantikan artikel bagaimana merawatnya.


anxiety, penyakit anxiety, anxiety disorder, anxiety attack, panic attack, generalized anxiety disorder, phobia, social anxiety disorder, post traumatic stress disorder, obsessive compulsive disorder, maksud anxiety, tanda anxiety, tanda tanda anxiety, gerd anxiety, simptom anxiety, penyakit anxiety disorder, penyakit anxiety gerd, cara menyembuhkan penyakit anxiety, ciri-ciri penyakit anxiety, penyakit social anxiety, apa itu anxiety

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara nak elak Whatsapp anda dari kena hack atau dihijack