Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Idea

Petua rawatan sakit tekak tenggorokan

Imej
Sakit tenggorokan dapat disebabkan oleh berbagai hal, diantaranya: Infeksi virus, seperti flu atau pilek Infeksi bakteri, seperti tonsilitis atau faringitis Paparan debu, asap, atau polusi udara Alergi, seperti alergi debu atau bulu binatang Rokok atau merokok pasif Suara terlalu keras atau berbicara terlalu banyak Menelan makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu dingin Kondisi kesihatan, seperti refluks gastroesofagal atau laringitis Sistem kekebalan yang lemah Sakit tenggorokan juga boleh menjadi gejala dari penyakit serius, seperti mononukleosis, infeksi tenggorokan streptokokus, atau kanker tenggorokan, jadi penting untuk segera mencari perawatan medis jika gejala sakit tenggorokan berlangsung lama atau memburuk. sakit tekak Untuk mengatasi sakit tenggorokan, beberapa cara yang boleh dilakukan meliputi: Minum air hangat dengan madu atau lemon Minum obat penghilang rasa sakit seperti paracetamol atau ibuprofen Menghirup wap air hangat dengan sedikit garam Mengurangi roko

Cara book hotel dapat harga rendah yang anda boleh cuba

Imej
Bila cuti tiba terutama cuti yang agak panjang seperti cuti perayaan atau cuti sekolah pasti ramai yang nak pergi bercuti.  Bila sebut saja bercuti kebanyakan kita akan mencari hotel untuk menginap sewaktu melancong nanti.Terdapat banyak cara nak book hotel. Ada guna agoda, trivago, booking dot com dan sebagainya.  Jadi nasihat saya jangan mudah-mudah terus tempah hotel secara online.  Saya telah menemui satu cara yang agak berguna tip bagaimana nak dapatkan harga hotel yang rendah untuk hotel yang sama.  Disini contoh yang digunakan adalah tempahan hotel online menggunakan laman web agoda.com Tonton video dibawah selengkapnya Semoga berhasil 😊

Petua sembelih haiwan yang sangat berguna dan bermanfaat

Imej
Tahukah anda terdapat beberapa petua yang sangat berguna untuk para penyembelih haiwan yang boleh diamalkan agar hasil sembelihan menjadi lembut, tidak berbau, tidak berlemak dan sebagainya?  Selain syarat sah wajib menyembelih binatang.yang memang semestinya diikuti, terdapat beberapa petua sampingan yang sangat berguna.  Antaranya: 1. Petua bagaimana cara menjadikan daging sembelihan lembut. 2. Petua bagaimana mengelakkan lalat menghurungi haiwan sembelihan. 3. Petua untuk mengelakan daging banyak lemak 4. Petua nak bagi daging sedap Dan banyak lagi. Tonton video dibawah. Sumber video dari Ustaz Muhaizad.  Semoga bermanfaat.

Cara nak elak Whatsapp anda dari kena hack atau dihijack

Imej
Bila disebut aplikasi WhatsApp semua orang sekarang ini sudah sangat kenal dan tahu kerana boleh dikatakan kebanyakan orang menggunakan aplikasi WhatsApp ini.  Aplikasi WhatsApp antara aplikasi komunikasi yang paling terkenal di dunia. Banyak grup dibina untuk tujuan berkomunikasi secara berkumpulan seperti kumpulan WhatsApp kerja, jiran,  kawan-kawan dan sebagainya.  Tetapi tahukah anda aplikasi WhatsApp ini juga ada risiko untuk di godam ataupun di hack ataupun di hijack oleh pihak yang cuba mengaut keuntungan tertentu. Jadi di sini saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh mengelakkan aplikasi WhatsApp ini daripada digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Lebih baik kita berhati-hati daripada terkena dan menyesal di kemudian hari. Apakah langkah-langkah yang perlu dibuat? 1. Pertama sekali anda buka aplikasi WhatsApp anda.  2. Kemudian klik menu 3 titik di sebelah kanan atas.  3. Setelah itu pilih setting. 4. Kemudian pilih account. 5. Seterusnya pilih two step verification. 

CARA MEMBUAT KUNING TELUR BERADA DI LUAR DAN PUTIH TELUR DI DALAM

Imej
Sudah kelaziman kebanyakan anak-anak suka makan kuning telur berbanding putih telur. Tabiat seperti ini menyebabkan kita sebagai ibubapa terpaksa berusaha untuk mengesampingkan putih telur terlebih dahulu untuk diberi kuning telur kepada anak.  Anak-anak tidak suka putih telur kerana putih telur itu seperti tidak ada rasa apa-apa. Rasanya agak-agak tawar begitu.  Sekarang saya akan tunjukkan cara bagaimana kita boleh buat kuning telur itu berada di luar dan bahagian putih telur itu berada di dalam seperti gambar di bawah. Wah bolehkah jadi seperti itu? Jawapannya ya boleh.  Dengan cara ini kuning telur akan berada di luar dan anak-anak mudah makan dan tidak perasan bahawa di dalam kuning telur itu ada putih telur. Pada masa yang sama untuk mengelakkan pembaziran putih telur yang tidak dimakan anak kita.  Bagaimana caranya? Baca seterusnya. 1. Balut  telur dengan seletip plastik sehingga meliputi semua bahagian luar telur. 2. Kemudian masukkan telur ke dalam kain ataupun seperti stokin.

Trik dan tip Google Search yang anda mungkin tidak tahu

Imej
Google. Laman web enjin pencari terbesar didunia. Juga pemilik YouTube. Sesuai dengan sinonim maklumat dihujung jari.  Apa saja maklumat boleh didapati melalui internet dan ini secara tidak langsung berkait dengan salah satu enjin pencari terbesar iaitu Google.com Teknik yang diberikan tidak hanya sekadar menaip perkataan asas sahaja. Malah ada beberapa teknik dan trik pencarian maklumat yang sangat membantu dan memudahkan kerja seharian kita. Sebagai contohnya kita dapat tahu waktu local di sesebuah negara sebagai contohnya waktu di Malaysia sekarang dan juga waktu di London sekarang.  Begitu juga jika ingin mengetahui lokasi tertentu di maps. Hanya menaip dibahagian Google search sahaja dengan cara tertentu. Kita akan dapat apa map itu dengan segera.  Begitu juga jika kita ingin mengetahui penukaran unit unit ukuran panjang dari satu unit ke satu unit yang lain. Dan Banyak lagi cara pencarian maklumat di Google yang mungkin kita tidak tahu. Selamat belajar dan selamat mencuba.

Cara nak dapatkan idea tulis kandungan blog.

Imej
Jadi aku ada terbaca tadi dalam beberapa blog mereka cakap tentang bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk menulis dalam blog. Tidak dinafikan kadang-kadang kita kehilangan idea ataupun tidak ada idea nak menulis apa lagi di blog. Jadi disini saya senaraikan beberapa cara untuk kita menjana ataupun mencari idea baru untuk dijadikan sebagai kandungan pada blog kita.  Antara yang saya jumpa adalah seperti berikut dibawah. 1. Kita boleh menulis berdasarkan tempat yang kita lawati. di situ kita boleh huraikan keadaan tempat tersebut adakah menarik atau sebagainya dan ini boleh menjadi panduan kepada ramai orang yang juga ingin ke tempat tersebut. Sebagai contohnya anda berjalan di sekitar mana-mana pantai. Anda boleh lihat di pantai itu apa keindahannya adakah ramai orang dan jika ada chalet berhampiran berapa harganya. Maklumat ini juga berguna untuk orang yang melawat blog anda yang kemungkinan mereka jumpa blog anda melalui Google. 2. Menulis blog ini tak perlulah ada rasmi sangat. Tuli