Catatan

Petua rawatan sakit tekak tenggorokan

Imej
Sakit tenggorokan dapat disebabkan oleh berbagai hal, diantaranya: Infeksi virus, seperti flu atau pilek Infeksi bakteri, seperti tonsilitis atau faringitis Paparan debu, asap, atau polusi udara Alergi, seperti alergi debu atau bulu binatang Rokok atau merokok pasif Suara terlalu keras atau berbicara terlalu banyak Menelan makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu dingin Kondisi kesihatan, seperti refluks gastroesofagal atau laringitis Sistem kekebalan yang lemah Sakit tenggorokan juga boleh menjadi gejala dari penyakit serius, seperti mononukleosis, infeksi tenggorokan streptokokus, atau kanker tenggorokan, jadi penting untuk segera mencari perawatan medis jika gejala sakit tenggorokan berlangsung lama atau memburuk. sakit tekak Untuk mengatasi sakit tenggorokan, beberapa cara yang boleh dilakukan meliputi: Minum air hangat dengan madu atau lemon Minum obat penghilang rasa sakit seperti paracetamol atau ibuprofen Menghirup wap air hangat dengan sedikit garam Mengurangi roko

Perjalanan balik dari kampung ke Sungai Buloh

Imej
Setelah balik kampung selama enam hari bermula pada 24 haribulan Disember 2020, maka hari ini iaitu pada 29 Disember 2020 kami telah bertolak dari kampung ke Sungai Buloh Selangor. Jadi untuk menghilangkan kebosanan memandu jarak jauh ini maka inilah saya kongsikan beberapa keping gambar dalam kereta sajalah. kami bertolak pada pukul 10 pagi dari Kelantan dan menuju ke Sungai Buloh. Kami tiba di Sungai Buloh tu waktu sudahpun malam. Lebih kurang dalam pukul 7 30 malam. Alhamdulillah perjalanan kami selamat semuanya dipermudahkan Allah subhanahu wa Ta'ala.  disini saya kongsikan beberapa keping gambar dalam kereta sajalah ya. 😀

Beriadah bersama keluarga di Lata Keding Kelantan

Imej
Hari ini Jumaat 24 Disember 2020, aku meluangkan masa bersama keluarga dan kedua ibu bapa ku serta adik-beradikku telah meluangkan masa melawat ataupun beriadah di lata keding Kelantan. Lata Keding ini merupakan lata yang baru dibina dengan persekitaran kawasan yang begitu cantik dan nampak menenangkan. Kami sampai sini kurang dalam pukul 10 pagi, Jumaat. Setibanya Kami di sini kami disambut dengan bunyi air dari lata yang begitu jernih. Terdapat banyak chalet di sini yang rekabentuknya menarik.  Ini kali pertama saya datang ke lata keding ini kerana tempat ini masih baru. Berikut beberapa gambar dan video yang diambil semasa berada sini.

Cara nak dapatkan idea tulis kandungan blog.

Imej
Jadi aku ada terbaca tadi dalam beberapa blog mereka cakap tentang bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk menulis dalam blog. Tidak dinafikan kadang-kadang kita kehilangan idea ataupun tidak ada idea nak menulis apa lagi di blog. Jadi disini saya senaraikan beberapa cara untuk kita menjana ataupun mencari idea baru untuk dijadikan sebagai kandungan pada blog kita.  Antara yang saya jumpa adalah seperti berikut dibawah. 1. Kita boleh menulis berdasarkan tempat yang kita lawati. di situ kita boleh huraikan keadaan tempat tersebut adakah menarik atau sebagainya dan ini boleh menjadi panduan kepada ramai orang yang juga ingin ke tempat tersebut. Sebagai contohnya anda berjalan di sekitar mana-mana pantai. Anda boleh lihat di pantai itu apa keindahannya adakah ramai orang dan jika ada chalet berhampiran berapa harganya. Maklumat ini juga berguna untuk orang yang melawat blog anda yang kemungkinan mereka jumpa blog anda melalui Google. 2. Menulis blog ini tak perlulah ada rasmi sangat. Tuli

Juadah berbuka puasa ke 6 Ramadhan

Imej
Hari ni rancang nak buat sup tulang dan air asam ikan bakar. Tapi bila sampai kat pasaraya beli ternampak laksa. Maka terbatallah rancangan awal tadi. Terbatal plan tak terbatal puasa ye.. Rancangan sup tulang super duper tu jadi. Yang tak jadinya ikan bakar air asam. Tukar dengan laksa kelantan. Maklumlah kami orang kelantan. Tapi laksa penang utara pun kami suka juga. Cuma laksa kelantan ni susah nak dapat area Sungai Buloh ni. Sehingga sekarang masih berjaya menahan diri dari menjejak kaki ke bazar ramadhan. Masak sendiri puas hati. Kita masak, kita yg makan. Makanan bazar ramadhan ni agak mahal sekarang. Tapi tak boleh salahkan peniaga juga, sebab barang modal pun tinggi. Jadi terpulang nak beli atau tak. Berikut sedikit gambar di ruang dapur kami. Kuah laksa. Kuat pekat menyegat. Laksa beras. Laksa segera. RM3.00 sekilo. Tinggal rendam air panas je Sup tulang in progress. Belum masuk ramuannya lagi. Sup tulang separa siap. Air liur meleleh baq hang!.. Ni daging nak buat daging  ma

PERKONGSIAN RESEPI 30 HARI RAMADHAN

Bulan Ramadhan telah pun tiba hari ini. Bersamaan dengan 6 Mei 2019. Hari Isnin. Semoga ibadat puasa kita semua diterima Allah. Jadi hari ini saya nak kongsikan 30 resepi untuk bulan Ramadhan. 1 hari 1 resepi..😊 *30 RESEPI CADANGAN UNTUK SEBULAN :* *HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API* Bahan-bahan - 250g ketam (dibersihkan) - 7 biji cili hijau - 1½ cawan santan kelapa yang di parut - 1 keping asam gelugur - ½ sudu kecil serbuk kunyit - ½ sudu besar garam secukup rasa - ½ sudu kecil perasa Cara-cara memasak 1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit . 2. Masak selama 5-7 minit. 3. Siap, angkat dan hidangkan. *HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU* Bahan-bahan - dada ayam 500g (potong ikut suka) - tepung serbaguna (secukupnya) - telur sebiji (kacau) - madu 4 sudu besar - lemon 2 biji (ambil jus) Cara-cara memasak 1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata. 2. Panaskan minyak

Lukisan pemandangan diatas potongan kayu

Imej
Lukisan kreatif diatas permukaan potongan kayu balak.