Petua rawatan sakit tekak tenggorokan

Imej
Sakit tenggorokan dapat disebabkan oleh berbagai hal, diantaranya: Infeksi virus, seperti flu atau pilek Infeksi bakteri, seperti tonsilitis atau faringitis Paparan debu, asap, atau polusi udara Alergi, seperti alergi debu atau bulu binatang Rokok atau merokok pasif Suara terlalu keras atau berbicara terlalu banyak Menelan makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu dingin Kondisi kesihatan, seperti refluks gastroesofagal atau laringitis Sistem kekebalan yang lemah Sakit tenggorokan juga boleh menjadi gejala dari penyakit serius, seperti mononukleosis, infeksi tenggorokan streptokokus, atau kanker tenggorokan, jadi penting untuk segera mencari perawatan medis jika gejala sakit tenggorokan berlangsung lama atau memburuk. sakit tekak Untuk mengatasi sakit tenggorokan, beberapa cara yang boleh dilakukan meliputi: Minum air hangat dengan madu atau lemon Minum obat penghilang rasa sakit seperti paracetamol atau ibuprofen Menghirup wap air hangat dengan sedikit garam Mengurangi roko

Cara nak dapatkan idea tulis kandungan blog.


Jadi aku ada terbaca tadi dalam beberapa blog mereka cakap tentang bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk menulis dalam blog.

Tidak dinafikan kadang-kadang kita kehilangan idea ataupun tidak ada idea nak menulis apa lagi di blog. Jadi disini saya senaraikan beberapa cara untuk kita menjana ataupun mencari idea baru untuk dijadikan sebagai kandungan pada blog kita. 

Antara yang saya jumpa adalah seperti berikut dibawah.

1. Kita boleh menulis berdasarkan tempat yang kita lawati. di situ kita boleh huraikan keadaan tempat tersebut adakah menarik atau sebagainya dan ini boleh menjadi panduan kepada ramai orang yang juga ingin ke tempat tersebut.

Sebagai contohnya anda berjalan di sekitar mana-mana pantai. Anda boleh lihat di pantai itu apa keindahannya adakah ramai orang dan jika ada chalet berhampiran berapa harganya. Maklumat ini juga berguna untuk orang yang melawat blog anda yang kemungkinan mereka jumpa blog anda melalui Google.

2. Menulis blog ini tak perlulah ada rasmi sangat. Tulis dulu apa yang terbayang di fikiran anda. anda juga boleh buat catatan di dalam kertas atau pun sekarang ini lebih canggih catatkan apa saja hendak secara online contohnya menggunakan Google keep.

3. Seterusnya ada juga yang menghadapi masalah malas menulis sebab kena taip. kalau anda nak tahu sekarang ini saya tak menaip tulisannya dengan jari. Perkataan ada ini keluar sendiri automatik menggunakan voice mod Google keyboard. Google keyboard ada satu fungsi dimana kita hanya cakap saja apa pun kita cakap  maka keluar tulisan mengikut apa yang kita cakapkan. 

Jadi proses menaip itu menjadi lebih mudah sebab kita tak perlu taip pakai jari tetapi pakai suara dari mulut sahaja. Cara ini juga boleh menjimatkan masa kita kerana tak perlu guna hujung jari untuk menaip. Kita cakap apa saja semuanya tertaip di depan skrin. 

4. Idea yang lain yang kita boleh praktikkan untuk menulis kandungan blog ialah dengan melihat blog-blog orang lain dan dari situ kita dapat idea. Ini tidak bermakna kita tiru kandungan blog orang lain. Kita hanya mengambil idea dan kita huraikan sendiri idea tersebut atau kemahiran  yang kita belajar daripada blog tersebut.

5. Kita juga boleh menggunakan pengetahuan kita sekiranya kita berminat dengan sesuatu hobi atau apa saja yang memberi kelebihan kepada kita itu maka kita gunakan itu sebagai kandungan blog kita.

Sekian sahaja catatan untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara nak elak Whatsapp anda dari kena hack atau dihijack