Saturday, May 27, 2017

Resepi ikan siakap masak stim limau

Hari hari kedua puasa. Cadangnya nak masak ikan siakap masak stim limau. Sedap baq hang.

Dah banyak kali dah aku buat cuma yang versi lain sket. Versi thai. Ikuti cara2nya dibawah.

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI 
(PRIK KEE NOO)

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Sumber : Internet

Selamat mencuba ya.

Ada apa2 boleh whatsapp saya di:
http://replyme.wasap.my

No comments:

Post a Comment

Ambil angin di Taman Tasik Metropolitan Kepong

Dah lama tak ke sini. Hari ini menjengah ke sini. Itu pun sebab anak sulong Daniel yang minta nak datang sini. Daniel diberi cuti seminggu ...