Thursday, May 25, 2017

Makan pulut durian

Sebenarnya dah lama nak makan pulut durian tapi tak berkesempatan nak beli. Maklumlah balik kerja tidur dulu. Petang ambil anak dari sekolah.

Memandangkan bulan puasa dah tak lama dah, jadi kami rancang nak makan pulut durian sebelum bulan puasa.

Durian ni kami beli di Paya Jaras depan EconSave. Dah nak malam waktu tu. Nasib baik ada rezeki lagi.

Harga? Harga RM20 sekilo masa tu. Beli dua biji saja. Nak makan dengan pulut cukup dah tu.

Lepas solat maghrib siap juadah pulut durian makan dengan santan kelapa dan gula melaka. Fuh sedap baq hang.

No comments:

Post a Comment

Ambil angin di Taman Tasik Metropolitan Kepong

Dah lama tak ke sini. Hari ini menjengah ke sini. Itu pun sebab anak sulong Daniel yang minta nak datang sini. Daniel diberi cuti seminggu ...